SEKAPUR SIRIH


Get Your Own Scroller


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR

                         
                      (PN.HAU AH KEE)


Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya sebagai Guru Besar, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari blog sekolah ini.

Semoga Blog ini akan dapat menjalinkan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan Blog ini.

Mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

-SALAM 1 MALAYSIA-